-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Policy On Use Of Mandatory PPE

In line with the Health, Safety and Environmental Policy and Commitments of SKSWOOD, our policy on the use of personal protective equipment (PPE) as minimum requirement for own staff and contractor employees, onshore and offshore worksites, is that:

• Safety Helmets must be used at all times.

• Safety shoes or boots must be worn (note that boots are preferred where ankle protection is required).

• Safety Glasses / Eye shields are to be used outside accommodation and office
areas in operating facilities, drilling rigs, workshops and construction sites and
other areas specifically signposted / governed by local rules.

• Gloves are to be used to protect hands against chemical, physical and biological hazards – use type most appropriate to the working condition (note that wearing of gloves during operation of high speed rotating machinery such as lathes, pillar drills etc. is strictly prohibited).

• No finger rings are to be worn during operation of rotating equipment.

• Long sleeve coveralls must be worn. (both polymix 65% polyester + 35%cotton
and cotton types are acceptable).

• Hearing protection must be used when sign posted.

• PPE signs must be put at appropriate locations to remind all of these
requirements.

• Depending on the nature of work or activity, additional or special types of PPE
may be required and must be specified on the Permit to Work.

Be reminded that you shall not start, and you are required to stop any activity if you believe it cannot be done safely, or it fails to meet our environmental and health standards.

Dasar Penggunaan Peralatan Perlindungan Diri Yang Dimestikan

Selaras dengan dasar kesihatan, keselamatan dan alam sekitar serta komitmen
SKSWood, maka dasar syarikat mengenai penggunaan peralatan perlindungan diri
(PPE) iaitu sebagai kehendak minima bagi para pekerja syarikat dan juga pekerja-pekerja pemborong/kontraktor di tempat-tempat kerja di daratan dan luar pantai adalah:

• Topi keledar mestilah dipakai pada setiap masa.

• Kasut keselamatan atau kasut but keselamatan mestilah dipakai (sila ambil perhatian bahawa kasut but keselamatan adalah lebih digalakkan di mana pergelangan kaki memerlukan perlindungan)

• Kaca mata keselamatan/perisai pelindung mata hendaklah digunakan apabila berada di luar tempat penginapan dan dikawasan pejabat di mana terdapat fasiliti-fasiliti operasi/pengendalian, pelantar/kapal pengorek, bengkel dan tempat-tempat pembinaan dan kawasan-kawasan lain yang mempunyai papan-papan tanda khusus atau kawasan-kawasan yang dikuasai oleh peraturan-peraturan setempat.

• Sarung tangan mestilah dipakai bagi melindungi tangan daripada bahan kimia,
bahaya-bahaya fisikal dan biologi – pakailah jenis yang paling sesuai bagi sesuatu
jenis dan keadaan pekerjaan. (Sila ambil perhatian bahawa pemakaian sarung tangan ketika mengendalikan mesin-mesin yang berputar dengan putaran yang
tinggi/kencang seperti mesin untuk memegang dan memusing kayu, penggerek tiang (pillar drills) dan sebagainya adalah ditegah sama sekali).

• Cincin jari tangan tidak dibenarkan dipakai ketika awda mengendalikan mesin yang berputar.

• Pakaian ‘coveralls’ berlengan panjang mestilah dipakai (kedua-dua jenis polymix 65% polyester+35% kain kapas dan kain kapas bolehlah dipakai).

• Papan-papan tanda tentang PPE hendaklah dipasang/letakkan di tempat-tempat yang sesuai bagi memberi peringatan mengenai kesemua peraturan-peraturan ini.

• Tertakluk kepada jenis pekerjaan atau aktibiti, peralatan perlindungan diri tambahan atau khas mungkin diperlukan dan perkara ini hendaklah dinyatakan dalam surat kebenaran kerja/permit kerja.

Adalah diingatkan bahawa awda tidak akan memulakan dan awda dikehendaki
menghentikan apa jua aktibiti jika awda merasa yakin bahawa aktibiti berkenaan tidak dapat dilakukan dengan selamat, atau jika aktibiti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat/ kehendak dasar kesihatan dan alam sekitar syarikat.


G-Tassell
Gary Tassell
SKSWood General Manager

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
SKSWood Sendirian Berhad | Lot 65 & 66, Light Industrial Area, Kampong Pandan, Kuala Belait, Brunei Darussalam
+673 3336607 | +673 3335822
SKSWood.com © 2009. All Rights Reserved. SKSWood is not responsible for the content of external links.